Assalamu'alaikum...
2013.. Alhamdulillah.. saya telah mendapat satu pekerjaan yang saya sendiri tidak terfikir saya mampu melakukannya dengan baik.. saya telah diterima bekerja sebagai pembantu klinik di bandar.. klinik tersebut merupakan satu-satunya klinik 24jam yang ada di bandar kemaman..Siapa sangka, kerja sebagai pembantu klinik bukan mudah..
"Once you involve in that part, then you will know deeper about it"
![]() |
| Pelbagai jenis ubat yang berlainan fungsi |
Apa yang kita perlu buat untuk berjaya dalam apa jua kita lakukan?
- Serius apabila melakukan kerja
- Tidak memilih kerja
- Melakukan kerja sehabis baik
- Pandai mengambil hati pekerja-pekerja lain dan juga majikan (bukan kaki bodek!)
- Sentiasa senyum dan ikhlas ketika menjalankan tugas
- Tidak malu bertanya dan mudah meminta maaf jika melakukan kesilapan
- Sentiasa ingat pada niat sebenar (mencari rezeki yang halal)
- Yakin dan bersangka baik dengan ujian Allah s.w.t iaitu Dia akan memberi natijah yang baik
- Berkongsi rezeki terutama dengan ibubapa dan keluarga
- Sabar dan cekal hadapi sebarang kesulitan (setiap pekerjaan sememangnya ada pahit dan manis)
- Cemburu untuk sesuatu yang baik seperti sentiasa ada sifat ingin menambah ilmu ketika melakukan kerja dan meningkatkan kualiti kerja
- Berdoa kepada Allah dan bertawakal kepadaNya
Nasihat saya, kita mesti berani mencuba sesuatu yang baru dan berusahalah sebaik mungkin supaya ianya berhasil dengan baik.. (~_~)

No comments:
Post a Comment