Thursday, May 2, 2013

Bermulanya kisah aku seorang pembantu klinik~~



Assalamu'alaikum...



2013.. Alhamdulillah.. saya telah mendapat satu pekerjaan yang saya sendiri tidak terfikir saya mampu melakukannya dengan baik.. saya telah diterima bekerja sebagai pembantu klinik di bandar.. klinik tersebut merupakan satu-satunya klinik 24jam yang ada di bandar kemaman..

Siapa sangka, kerja sebagai pembantu klinik bukan mudah..

"Once you involve in that part, then you will know deeper about it"

Selama ini, kita fikir sangat mudah kerja sebagai pembantu klinik, tapi hakikatnya hanya yang berada di dalam kategori ini sahaja yang tahu skop kerja sebenar. Saya harus memberi tumpuan 100%.. Jika tidak, akan jadilah ubat yang salah untuk penyakit yang salah..


Pelbagai jenis ubat yang berlainan fungsi

Apa yang kita perlu buat untuk berjaya dalam apa jua kita lakukan?


  1. Serius apabila melakukan kerja
  2. Tidak memilih kerja
  3. Melakukan kerja sehabis baik
  4. Pandai mengambil hati pekerja-pekerja lain dan juga majikan (bukan kaki bodek!)
  5. Sentiasa senyum dan ikhlas ketika menjalankan tugas
  6. Tidak malu bertanya dan mudah meminta maaf jika melakukan kesilapan
  7. Sentiasa ingat pada niat sebenar (mencari rezeki yang halal)
  8. Yakin dan bersangka baik dengan ujian Allah s.w.t iaitu Dia akan memberi natijah yang baik
  9. Berkongsi rezeki terutama dengan ibubapa dan keluarga
  10. Sabar dan cekal hadapi sebarang kesulitan (setiap pekerjaan sememangnya ada pahit dan manis)
  11. Cemburu untuk sesuatu yang baik seperti sentiasa ada sifat ingin menambah ilmu ketika melakukan kerja dan meningkatkan kualiti kerja
  12. Berdoa kepada Allah dan bertawakal kepadaNya
Nasihat saya, kita mesti berani mencuba sesuatu yang baru dan berusahalah sebaik mungkin supaya ianya berhasil dengan baik.. (~_~)